Cara Jimat Data Internet - 6 Tips Berkesan dan Mudah Dilaksanakan

Cara jimat data internet ok? Ramai yang mendahagakan tips cara jimat kuota internet kerana tidak sanggup membayar bil bulanan internet yang tinggi.

Segelintir besar pengguna telefon pintar mengadu kuota internetnya habis dalam tempoh yang sangat singkat. Sedangkan baru sahaja beberapa hari melanggan pakej data tersebut daripada syarikat telekomunikasi masing-masing.

Tidak kurang juga yang merasakan dirinya ditipu oleh penyedia perkhidmatan internet (ISP) kerana meskipun penggunaan internet yang tidak kerap, kuota masih cepat sangat habis!

Realitinya, wujud fungsi dan penetapan (setting) di dalam telefon pintar yang menyebabkan perkara seperti ini berlaku. Cuma anda sahaja yang tidak sedar. 

Touch Zombi akan berkongsi 6 tips untuk membantu anda mengatasi masalah ini. 

1. Matikan kemaskini aplikasi secara automatik (auto-update) di Play Store

Secara umumnya, peranti baru dibeli yang menggunakan sistem operasi Android telah menetapkan kemaskini aplikasi secara automatik pada Play Store
Apakah maksud kenyataan di atas?

Sebagai contoh, sekiranya anda memasang aplikasi Whatsapp di dalam peranti anda, setiap kali Whatsapp mengeluarkan versi terbaru, secara automatik peranti akan menjalankan proses kemaskini tanpa meminta kebenaran daripada anda.

Ya, anda tidak silap dengar - kemaskini berjalan tanpa kebenaran! Tiada popup yang timbul bagi meminta keizinin anda untuk melakukan kemaskini. 

Fungsi kemaskini sudah semestinya menggunakan sebahagian besar (bergantung kepada jenis aplikasi) daripada kuota yang telah ditetapkan oleh ISP anda. Bagi mematikan fungi ini, lihat gambar di bawah.
Play Store ➤ Settings ➤ Auto-update apps ➤ Do not auto-update apps

2. Kurangkan aplikasi yang menggunakan data di belakang tabir (background data)

Sila perhatikan pada Settings ➤ Data Usage. Di sini anda akan dapat lihat secara keseluruhan aplikasi yang merompak kuota internet anda dalam diam.

Mungkin ada daripada kalangan pembaca yang terkejut melihat penggunaan data yang begitu banyak oleh aplikasi yang jarang-jarang atau langsung tidak pernah digunakan.

Itu perkara biasa. Memang wujud aplikasi parasit seperti ini tidak kira di Android mahupun iOS.

Untuk membunuh parasit-parasit ini adalah sangat mudah. Pilih aplikasi tersebut dan kemudian, tanda kotak "Restrict background data"


Sekiranya anda mahu membenarkan kembali penggunaan data oleh aplikasi tersebut pada masa hadapan, hilangkan tanda pada kotak tadi.

3. Gunakan pelayar (browser) yang jimat data

Pelbagai pelayar internet khas untuk telefon pintar dan tablet yang telah dibangunkan oleh orang perseorangan mahupun organisasi.

Jika hendak disenaraikan satu persatu, artikel ini akan menjadi sangat panjang.

Setiap pelayar yang dibangunkan mempunyai fungsi dan kelebihan masing-masing. Sebagai contoh wujud pelayar yang menyokong flash, menyekat iklan di laman web dan bermacam lagi.

Touch Zombi menyarankan pemasangan pelayan internet UC Browser pada peranti anda.

Selain didatangkan dengan pelbagai fungsi menarik seperti "Night Mode" dan "Ads Blocker", UC Browser juga sangat membantu dari segi penjimatan data.

UC Browser boleh didapati di Play Store
Saranan lain adalah pelayar internet yang dibangunkan oleh syarikat yang sudah lama berkecimpung di dalam bidang ini (semenjak sebelum telefon pintar diperkenalkan) - Opera.

Lakukan carian di Play Store dengan kata kunci 'Opera Mini'

4. Tukar kepada rangkaian 2G jika hanya menggunakan aplikasi pesanan sosial

Majoriti telefon pintar pada masa kini menyokong rangkaian 2G//GSM dan 3G//WDCMA.

Di masa yang akan datang pula, kita bakal lihat 4G//LTE akan menjadi komponen wajib bagi setiap peranti pintar yang dihasilkan di pasaran.

Buktinya anda boleh lihat sendiri sekarang. Xiaomi Redmi 2, Samsung Galaxy Note 5, Lenovo K3 Note, Sony Xperia Z3 - semua peranti ini menyokong rangkaian 4G

Tidak kira peranti anda menyokong 3G atau 4G, sekiranya anda hanya ingin menggunakan aplikasi pesanan sosial seperti Whatsapp dan Wechat, cukuplah sekadar mengaktifkan 2G.

Bagaimana bertukar kepada mod rangkaian 2G?

Settings ➤ More... ➤ Mobile networks ➤ 2G // GSM

Tips ini boleh dikatakan serampang dua mata, kerana bukan sahaja dapat menjimatkan kuota internet anda, malah memberi kesan langsung terhadap penjimatan bateri!

5. Tutup fungsi muat turun media secara automatik (media auto-download) pada Whatsapp

Pernah makan nasi lemak tanpa sambal? Rasa tak sedap kan? Rasa macam tidak lengkap.

Begitu juga kita boleh umpamakan telefon pintar dan Whatsapp. Aplikasi yang wajib dipasang sebaik sahaja anda memperoleh peranti pintar baru, Kalau tiada, rasa macam kehilangan sesuatu.

Kesilapan ramai pengguna Whatsapp adalah tidak menutup fungsi "Media auto-dowload". Apa yang terjadi adalah gambar, video dan audio dimuat turun secara automatik ke galeri anda.

Memang tidak hairanlah kuota internet cepat habis! Memori telefon pun boleh penuh!

Ikuti langkah di bawah bagi mengatasi masalah ini.

Whatsapp ➤ Settings ➤ Chats and Calls ➤ Media auto-download ➤ Nyah-tanda pada semua kotak

6. Kurangkan menonton (streaming) video

Multimedia berbentuk video adalah lebih menarik daripada membaca teks beribu patah perkataan. Setuju?

Namun hakikat pahit yang harus anda telan adalah menonton video menggunakan 95% data yang lebih besar berbanding membaca teks.

Anda boleh menerima atau menonton video daripada pelbagai medium seperti Whatsapp, Youtube, Facebook dan sebagainya.

Hadkan diri anda daripada menonton video secara berlebihan. Muat turun video yang penting dan mendatangkan manfaat sahaja. Hiburan berlebihan juga boleh mendatangkan mudarat.

Jika tidak boleh tahan sangat, muat turun video siap-siap di kawasan yang menyediakan perkhidmatan WIFI unlimited. Seperti di kolej, tempat kerja, kedai mamak


Kami mempunyai pelbagai lagi cara jimat data internet yang ingin dikongsikan. Nantikan pada artikel yang akan datang di Touch Zombi - Cara Jimat Data Internet Bahagian 2 

0 comment... add one now