Bateri Handphone Cepat Habis - Tips yang Selalu Orang Pandang Remeh

Stress sebab terpaksa mengecas telefon pintar anda tiga empat kali sehari? Jangan beli telefon yang baru semata-mata sebab bateri handphone cepat habis. Membazir. Apa yang patut anda buat sekarang adalah kenal pasti punca kenapa bateri mengalir macam air. 

bateri-handphone-cepat-habis Sebelum ini, kami pun mengalami masalah yang sama. Tetapi setelah melakukan perubahan pada 'Setting' gajet, masalah ini dapat kami atasi. Opss bukan bermaksud bateri tahan lama sampai seminggu! Kalau sebelum ini kami hanya dapat guna 3 jam sehari, sekarang boleh tahan sehingga 4 jam sehari (contoh).

1. Buang aplikasi yang jarang atau tidak digunakan

Pergi pada Setting > Application, cuba lihat di bahagian 'Running'. Wujud tak aplikasi yang anda rasa macam tidak pernah guna langsung selama ini? Jika jawapannya adalah ya, klik pada aplikasi tersebut dan pilih 'Stop' untuk memberhentikannya.

Apa kaitan melakukan langkah ini dengan menjimatkan bateri?

Dengan melakukan ini, dapat menjimatkan penggunaan memori (RAM) di dalam gajet anda dan akhirnya menyumbang kepada penjimatan bateri.

Semakin banyak RAM yang digunakan, semakin banyak kuasa bateri yang digunakan untuk menjalankan aplikasi-aplikasi tersebut

2. Nyah-pasang (uninstall) aplikasi yang memakan ruang RAM yg banyak

Tadi kita cuma 'Stop' sahaja. Sekiranya kita power off dan on balik, aplikasi tersebut akan berjalan kembali. Jadi lebih baik kita buang serta-merta. Selepas nyah-pasang, tidak perlu lagi pergi ke Setting untuk memberhentikan satu-satu.


Kami mahu berkongsi satu perkara berdasarkan pengalaman kami sendiri, iaitu selepas nyah-pasang aplikasi Facebook, bateri tahan lebih lama! Sebab apa? Cuba kaitkan dengan apa yang kami nyatakan di #TipsPertama

Ya tepat sekali apa yang anda tengah fikirkan. Sebab aplikasi Facebook memakan RAM yang agak besar. Tambah-tambah lagi ia SENTIASA berjalan di belakang tabir (sentiasa bersedia sekiranya ada notifikasi terbaru daripada akaun Facebook anda).

Jadi nasihat kami, sila gunakan pelayar internet di telefon anda sahaja jika mahu melayari laman sosial seperti Facebook, Twitter, etc. Selain menjimatkan bateri, dapat menenangkan fikiran anda daripada notifikasi 'game request' kawan-kawan anda. Hehe

3. Rendahkan kecerahan (brightness) skrin

Tips ini mungkin kita selalu dengar? Malangnya ramai yang tidak ambil kisah sedangkan ini antara faktor utama menyumbang kepada bateri handphone cepat habis.

Tukar ketetapan kecerahan skrin supaya ia lebih rendah. Lagi rendah lagi bagus dan yang paling afdhal adalah yang paling rendah.

Mata kita tidak akan cepat berasa letih jika menghadap gajet dalam jangka masa yang lama. Peratusan untuk rabun juga dapat dikurangkan kepada 50 peratus.

4. Pendekkan tempoh masa skrin menjadi gelap (screen timeout)

Skrin menyala sepanjang masa <-- anda pasti tidak mahukan ini!

Bateri memang mengalir macam air jika dibiarkan skrin menyala. Kadang-kala kita memang sengaja letakkan masa panjang untuk skrin jadi gelap (mungkin tengah baca ebook, melayari internet, atau atas sebab-sebab lain).

Tetapi lepas selesai baca ebook tu, sila rajinkan diri untuk ubah balik screen timeout kepada serendah yang mungkin. Jika di telefon pintar Lenovo P780 saya, yang paling rendah adalah 15 saat.


Sebab itu wujudnya pintasan (lihat gambar di atas) untuk melakukan tugasan seperti mengubah tempoh masa skrin menyala, kecerahan skrin, etc. Gunakan kemudahan yang sedia ada. Jangan malas.

5. Tutup talian internet jika tidak digunakan

Tidak kisah samada anda menggunakan Wifi ataupun internet di sim kad, sila tutup sepanjang anda tidak memerlukan khidmatnya.

Sekiranya anda dapat mendisplinkan diri melakukan #TipsKelima secara tidak langsung penggunaan kuota bulanan internet anda dapat diminimumkan. Boleh la bajet kuota untuk benda lain yang lebih penting dan utama.

----------------------------------------------

Selesai perkongsian hari ini. Kami harap artikel ini dapat membantu anda yang tengah buntu bateri handphone cepat habis.

Jom kongsikan cadangan anda di ruangan komen! Jika ianya bagus, boleh kami muatkan pada artikel Touch Zombi yang akan datang :)

0 comment... add one now